MELBOURNE: Penyandang juara Terbuka Australia, Jannik Sinner mara ke babak separuh akhir selepas Iga Swiatek langsung tidak menerima cabaran sengit dalam aksi wanita di Rod Laver Arena, semalam. Sinner yang juga pilihan pertama kejohanan menamatkan cabaran tuan rumah, Alex de Minaur 6-3, 5-2, 6-1 untuk menempah pertemuan dengan pilihan ke-21 kejohanan, Ben Shelton. Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan juara 10 kali Terbuka Australia, Novak Djokovic dengan pemain nombor…