PETALING JAYA: Kesilapan strategi menjadi salah satu faktor yang menjurus kepada kekalahan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue di separuh akhir, Terbuka India, kelmarin. Ee Wei mengakui bahawa mereka mula mengangkat pukulan terlalu kerap sekali gus memberi peluang kepada Gicquel-Delrue untuk mengawal serangan dan memanfaatkan kelemahan tersebut. “Lawan kami meletakkan kami di bawah banyak tekanan. Kami mula mengangkat pukulan kami terlalu…