PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar bakal membuat kemunculan semula dalam landskap bola sepak negara apabila mengakui beliau akan bertanding dalam kongres pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 15 Februari ini. Shahril yang sebelum ini melepaskan jawatan Exco FAM selain turut berperanan sebagai pengurus skuad bawah 23 tahun (B-23), Jun lalu mengakui bersedia untuk merebut kerusi Timbalan Presiden badan induk tersebut. Shahril berkata, kehadirannya…










