LONDON: Newcastle mengorak langkah kanan untuk menghampiri perlawanan akhir Piala Liga selepas jaringan Alexander Isak dan Anthony Gordon membantu pasukan itu memperoleh kemenangan berharga 2-0 ke atas Arsenal dalam aksi separuh akhir pertama hari ini. The Magpies yang tidak pernah memenangi gelaran telah menunggu lama sejak 1969 untuk meraikan tofi kejuaraan besar. Pada perlawanan itu, Isak yang dianggap penyerang yang sedang meningkat naik di England pada masa ini membuka jaringan…










