Milligan pembantu jurulatih Harimau Malaya? 

Milligan pembantu jurulatih Harimau Malaya? 

Mark Milligan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain Australia, Mark Milligan disebut antara calon berpotensi menjadi penolong kepada ketua jurulatih  baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Spekulasi itu dikuatkan dengan Adelaide United mengesahkan Milligan telah meninggalkan kelab berkuat kuasa serta-merta untuk mengambil peluang di luar negara.

Milligan, yang dilantik sebagai pembantu Carl Veart pada Jun 2022, telah menjadi sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Adelaide United sejak dua musim lalu.

Media Australia melaporkan, bekas pembantu jurulatih kelab Adelaide United itu bakal dilantik selaku pembantu Cklamovski untuk membentuk skuad mantap menjelang kelayakan Piala Asia 2027.

“Bekas penolong jurulatih Adelaide United, Mark Milligan akan ke Malaysia, menyertai pasukan kejurulatihan Peter Cklamovski,” lapor  wartawan 7News Adelaide, Rob Cornthwaite.

Sementara itu, Milligan mengakui mengambil keputusan sukar untuk meninggalkan Adelaide United selepas menghabiskan tempoh masa yang lama bersama pasukan.

“Saya mempunyai keistimewaan bekerja dengan beberapa pemain hebat di kelab sejak ketibaan saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kelab kerana menyediakan persekitaran di mana saya boleh berkembang dan berkembang sebagai jurulatih.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk Kelab untuk musim akan datang, dan saya akan bersorak untuk The Reds dari jauh,” kata Milligan 

Terdahulu, nama Hairuddin Omar dan Tan Cheng Hoe antara calon tempatan yang dicanang bakal membantu Cklamovski bersama seorang lagi pembantu jurulatih asing dari luar negara.

Bagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan spekulasi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN