PETALING JAYA: Ketua jurulatih Sabah FC, Martin Stano menggesa agar pemainnya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila melayan kunjungan Sri Pahang FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, hari ini. Jurulatih dari Slovakia itu berkata, pasukannya perlu mendapatkan keputusan positif bagi memudahkan laluan mereka ke final malah turut menggesa agar penyokong memenuhi stadium bagi memberikan sokongan. “Persiapan kami menentang Sri Pahang berjalan seperti biasa malah…










