LONDON: Amad Diallo menjadi penyelamat Manchester United daripada dimalukan apabila menjaringkan tiga gol dalam tempoh 12 minit untuk membantu kemenangan 3-1 ke atas kelab tercorot Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Ketika anak-anak buah Ruben Amorim hampir mencatat kekalahan kali keempat di laman sendiri, Diallo muncul dengan jaringan penyamaan pada minit ke-82 sebelum meletakkan United mendahului lapan minit kemudian dan gol ketiga sebelum perlawanan ditamatkan.
Keputusan itu jelas mengecewakan The Saint yang sedang bertarung untuk mengelak daripada penamatan tercorot dalam sejarah saingan liga.
Pasukan bimbingan Ivan Juric itu memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol selepas mendahului permainan apabila tuan rumah menjaringkan gol sendiri kerana kesilapan Manuel Ugarte, namun gagal disempurnakan.
Kemenangan United itu membolehkan Red Devils naik ke tangga 12 liga. – AFP/UTUSAN
Keputusan
Ipswich 0 Brighton 2
Man United 3 Southampton 1










