Fandi lega pemain Sri Pahang kembali 'bernafsu'

Fandi lega pemain Sri Pahang kembali ‘bernafsu’

Fandi Ahmad pada sidang media selepas perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mentaliti pemain yang berubah dan disiplin baik ditunjukkan pasukan Tok Gajah membolehkan Sri Pahang berjaya mengikat Sabah FC dengan kedudukan seri 1-1 semalam.

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad berkata, selepas kekalahan kepada Negeri Sembilan, anak buah kendaliannya telah menunjukkan kemahuan dan disiplin yang tinggi untuk bermain dengan baik pada aksi separuh akhir pertama semalam.

“Kita mempunyai banyak peluang tapi pihak lawan pandai bermain dengan memberi hantaran panjang terutama pemain nombor empat yang selalu memberi hantaran bola silang hingga pemain tengah kita tidak dapat bermain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, pemain kita punya mentaliti berubah dan mereka mempunyai disiplin yang tinggi. Kemahuan untuk menang agak lebih hari ini, tidak seperti semasa perlawanan dengan Negeri Sembilan. 

“Pemain kita tekad untuk mendapatkan sesuatu bermain di sini,” katanya semasa sidang akhar selepas aksi separuh akhir pertama menentang Sabah FC di Stadium Likas, semalam.

Malah katanya, pemain Sri Pahang turut berpeluang menjalani latihan selama dua hari di Stadium Likas kerana cuaca agak baik.

Mengulas tentang Manuel Hidalgo yang dilayangkan kad merah, Fandi berkata, memang mereka agak terperanjat namun, tiada apa yang boleh dilakukan kerana itu adalah keputusan pengadil.

Ketiadaan Manuel pada perlawanan timbal balik di Pahang adalah satu kehilangan besar tapi, Sri Pahang masih mempunyai pemain simpanan yang akan ditampilkan pada 2 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×