LONDON: Jaringan pemain remaja Tottenham, Lucas Bergvall membantu pasukannya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Liverpool dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium Tottenham Hotspurs, pagi ini. Bergvall memecah kebuntuan perlawanan ketika permainan berbaki empat minit sebelum ditamatkan sekali gus mengundang kejutan buat pengendali Liverpool, Arne Slot yang tidak menjangkakan gawangnya bolos dengan mudah. Pemain Spurs berusia 18 tahun itu melancarkan serangan di sebelah kiri sebelum menjaringkan gol.…










