Beregu negara ada potensi bertembung   

Beregu negara ada potensi bertembung   

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani berlatih di gelanggang Arena Axiata, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aaron Chia tidak menolak pertembungan sesama Malaysia dalam saingan beregu lelaki di pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Berpasangan dengan Soh Wooi Yik, Aaron berkata, peluang itu memang ada tetapi ia masih bergantung kepada halangan yang bakal mereka harungi pada kejohanan berstatus Super 1,000 tersebut.

“Peluang itu memang ada, tetapi, saya tidak dapat mengesahkannya lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemungkinan mereka menentang pasangan No. 3 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani pada final Terbuka Malaysia di sini, semalam.

Aaron-Wooi Yik yang kehilangan status sebagai beregu No. 1 negara kepada Sze Fei-Izzuddin buat kali pertama dalam tempoh enam tahun berkata, sudah agak lama wakil Malaysia tidak memenangi sebarang gelaran di Terbuka Malaysia dan semua pemain menyimpan hasrat untuk berbuat demikian.

“Saya percaya semua pemain bersedia memberikan yang terbaik untuk Terbuka Malaysia dan kami telah melakukan persiapan rapi menjelang kejohanan ini,” katanya.

Kali terakhir pemain negara merangkul gelaran pada Terbuka Malaysia ialah pada 2018 melalui Datuk Lee Chong Wei.

Namun, untuk lebih spesifik bagi aksi beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah muncul wakil negara terakhir berjaya berbuat demikian pada 2014 dan bagi Aaron-Wooi Yik, pencapaian terbaik mereka ialah mara ke separuh akhir pada edisi 2022.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris itu akan membuka aksi mereka berdepan Chen Zhi Yi-Presley Smith dari Amerika Syarikat (AS) pada pusingan pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN