JEDDAH: Barcelona membuktikan gelaran gergasi Sepanyol selepas membenam Real Madrid 5-2 untuk menjulang Piala Super dalam perlawanan akhir di sini, hari ini.
Real lebih awal berada di depan menerusi jaringan Kylian Mbappe, namun kedudukan itu tidak mengguat Barca yang bangkit dengan jaringan balas lima gol sebelum penjaga gol mereka, Wojciech Szczesny dikeluarkan pada babak kedua perlawanan.
Real yang turun dengan misi balas dendam ekoran kekalahan 4-0 dalam pertemuan La Liga sebelum ini tidak mampu menandingi amukan Barca setelah telahan mereka tersasar tentang musuh ketat itu.
Selepas berseronok seketika meraikan jaringan Mbappe, Barca bangkit dengan gol penyamaan daripada Lamine Yamal sebelum Robert Lewandowski meletakkan pasukannya di depan dan dua gol lagi menerusi Raphinha dan Alejandro Balde terus menghukum Real.
Tersentak dengan ketinggalan, Real cuba bangkit dan berjaya menembusi gawang Barca menerusi Rodrygo Goes, namun sudah terlambat untuk mengatasi jaringan lawan sekali gus menambah lagi reputasi buruk buat juara Eropah itu. – AFP/UTUSAN










