Selangor FC tidak sambung kontrak Umarbek 

Selangor FC tidak sambung kontrak Umarbek 

Umarbek Eshmurodov (kanan) akan kembali ke Uzbekistan kerana kontraknya berakhir pada Disember 2024 dan tidak diperbaharui. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC mengumumkan perpisahan dengan pertahanan tengah Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov selepas pihak pengurusan tidak melanjutkan kontraknya yang berakhir bulan ini.

“Selangor FC secara rasmi melepaskan pemain pertahanan,Umarbek Eshmurodov yang akan kembali ke Uzbekistan kerana kontraknya berakhir pada Disember 2024 tidak akan diperbaharui.

“Umarbek adalah pemain asing pertama Selangor FC yang diumumkan pada bulan Februari lalu, kini dilepaskan untuk terus mengembangkan karier beliau di negara kelahirannya Uzbekistan.

“Selangor FC merupakan kelab pertama beliau beraksi di luar negara, namun semangat yang ditunjukkan beliau ketika bersama kem Merah Kuning merupakan sesuatu yang wajar dibanggakan,” kata Selangor FC.

Pengumuman berkenaan menyaksikan Umarbek bakal kembali meneruskan karier sebagai pemain bola sepak di tanah airnya dengan kelab gergasi Uzbekistan, FC Nasaf bakal menjadi destinasi baharu.

Sepanjang Bersama Gergasi Merah, Umarbek merekodkan 19 penampilan dan satu gol dalam semua kejohanan termasuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Beliau turut membantu Selangor merekodkan lapan perlawanan tanpa bolos dalam tempoh berkenaan.

“Umarbek telah menyumbangkan lapan ‘clean sheet’ serta menjaringkan satu gol musim ini. Selangor FC ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan beliau dan mendoakan beliau berjaya dalam usaha masa depan beliau,” katanya.

Situasi ini menyaksikan The Red Giants kini memiliki lapan pemain import iaitu Safuwan Baharudin, Ronnie Fernandez, Ali Olwan, Omid Musawi, Nikola Jambor, Alex Agyarkwa, Mohammad Abualnadi dan Noor Al-Rawabdeh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN