KEMAMAN: Nasib lima nelayan tradisional di Pantai Kemasik, di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana bukan sahaja tidak dapat turun ke laut, malah turut berdepan kerugian kira-kira RM150,000 selepas bot gentian kaca karam dan hilang dihanyut arus banjir. Dalam kejadian kelmarin pada kira-kira pukul 7 pagi, bot-bot yang diparkir di jeti berhampiran Sungai Kemasik dihanyutkan arus deras ekoran kenaikan paras sungai selepas hujan lebat dan air pasang besar. Kejadian itu menyebabkan ada bot hilang dan gagal dikesan. Nelayan, Ismail Mat Nor, 67, bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan rakan-rakannya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya