PETALING JAYA: Jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi rebutan selepas empat individu berminat untuk menduduki kerusi nombor dua di Wisma FAM itu. Menurut sumber rapat badan induk tersebut antara nama yang bakal merebut jawatan tersebut adalah dua penyandangannya iaitu Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram. “Dua lagi calon yang akan merebut jawatan tersebut adalah Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor…










