PETALING JAYA: Individu yang memasang impian merebut kerusi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan pada Februari depan perlu mendapatkan sokongan penuh daripada ahli gabungan. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, bagi membolehkan mana-mana individu berpeluang merebut jawatan presiden, mereka perlu sekurang-kurang menerima enam pencalonan daripada ahli gabungan. Bagi jawatan timbalan presiden FAM pula, Noor Azman berkata, sekurang-kurangnya lima pencalonan diperlukan dengan pertandingan untuk semua jawatan…










