LONDON: Amad Diallo yang sebelum ini kerap tidak diberi ruang oleh bekas pengendali, Erik ten Hag meledak dua gol untuk membantu Manchester United menewaskan POAK 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara di Old Trafford pagi ini. Pemain sayap dari Ivory Coast itu meletakkan tuan rumah di depan pada babak kedua menerusi tandukan di penjuru gawang pada minit ke-50. Diallo kemudian memastikan United menggenggam tiga mata yang diperlukan dengan gol kedua ketika…










