PETALING JAYA: Suhu pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) makin panas apabila difahamkan seorang wakil daripada ahli gabungan badan induk itu bersedia merebut jawatan presiden badan induk itu. Menurut sumber, individu terbabit yang berpangkalan di Lembah Klang bersedia mencabar Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub yang dicadangkan sebagai calon untuk menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang dipercayai tidak akan mempertahankan jawatannya pada Kongres FAM. “Jika benar beliau…