JOHOR BAHRU: Tewas dalam dua perlawanan pertama bukan penamat buat ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, I. Vikneswaran yang masih optimis skuadnya mampu memperbaiki kedudukan pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2024. Vikneswaran berkata, Young Tigers mampu mencipta kejutan apabila bertemu juara tiga kali itu dia pada aksi ketiga kejohanan, malam ini. Walaupun atas kertas untuk mencipta kemenangan tampak sukar, Vikneswaran tidak menganggap sesuatu yang mustahil…