LONDON: Tottenham Hotspur akan menentang Manchester City dalam pusingan keempat Piala Liga esok tanpa kapten pasukan, Son Heung-min yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Son yang terlepas tiga perlawanan ekoran kecederaan otot paha sebelum ini ketika menentang West Ham awal bulan ini dilaporkan masih belum pulih daripada bengkak pada kakinya sehingga terlepas aksi menentang AZ Alkmaar dan Crystal Palace.
Pengurus Spurs, Ange Postecoglou berkata, pemain Korea Selatan itu akan terlepas perlawanan menentang City, namun dia mungkin akan disenaraikan menentang Aston Villa dalam saingan Liga Perdan,a Ahad ini.
“Sonny semakin hampir cergas dan kita jangkakan dia akan kembali beraksi hujung minggu ini. Kami yakin dia akan pulih sebelum perlawanan. Ketiadaan dia akan mengecewakan kami apatah lagi kami kehilangan Wilson Odobert. Cumanya agak menggembirakan sedikit Djed Spence telah kembali dalam latihan,” kata Postecoglou.
Spurs sebelum ini menurunkan pemain berusia 17 tahun, Mikey Moore menggantikan tempat Son ketika tews 1-0 kepada Palace, namun pemain remaja itu mungkin tidak akan disenaraikan sebaliknya Richarlison dan Timo Werner akan beraksi.
Postecoglu berkata, dia tetap akan mengambil serius perlawanan itu biarkan pengurus City, Guardiola sebelum ini menegaskan beliau tidak mahu membazirkan tenaga pemainnya bermain habis-habisan untuk Piala Caraboa. – AFP/UTUSAN










