LISBON: Pengurus Portugal, Roberto Martinez tetap akan menurunkan Cristiano Ronaldo dalam aksi menentang Scotland dalam kempen Liga Negara-Negara awal pagi esok, biarpun dikritik kerana terlalu bergantung kepada bintang veteran itu. Ronaldo dikeluarkan pada minit ke-63 ketika Portugal menang 3-1 ke atas Poland, kelmarin tetapi Martinez berkata, keputusan itu dibuat atas faktor strategi dan bukannya kerana penyerang berusia 39 tahun itu kepenatan atau berdepan kecederaan. Dalam aksi itu, Ronaldo membuktikan kewibawaannya…










