Harimau Malaya perlukan pemain warisan lebih baik 

Harimau Malaya perlukan pemain warisan lebih baik 

SKUAD Harimau Malaya perlu menilai semula prestasi pemain warisan sedia ada berdasarkan persembahan mereka dalam aksi antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya jelas memerlukan pemain yang lebih baik, berwibawa dan berpengalaman bermain di liga luar negara selepas pemain warisan sedia ada sudah tidak nampak kelebihannya.

Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim, skuad kebangsaan masih bergantung harap kepada pemain warisan sedia ada kerana Malaysia tiada pilihan selain faktor fizikal yang mereka miliki.

“Harimau Malaya memerlukan pemain yang lebih baik, berwibawa dan berpengalaman bermain di liga luar negara. Pemain warisan yang ada sudah tak nampak kelebihan mereka.

“Tetapi masih dipakai kerana itu lah yang kita ada dan saiz badan yang mereka miliki. Pemain tempatan pula terlalu selesa bermain di liga tempatan, tak berminat nak memasarkan diri bermain di liga luar,” katanya di laman Facebook.

Menurut Zakaria, aksi menentang New Zealand juga membuktikan pemain kita sekadar hebat di liga tempatan dan liga Asia yang membayar gaji mereka tetapi tidak di pentas antarabangsa untuk Harimau Malaya yang hanya beri elaun.

“Di (peringkat) kelab mereka berlari kesana kemari dan sentiasa berlari. Tapi bersama Harimau Malaya, bila terlepas bola mereka akan berlenggang kangkong.

“Walaupun New Zealand di ranking ke-95 dunia, skuad yang diturunkan adalah pemain simpanan yang diuji untuk game kelayakan Piala Dunia akan dating. Itu pun mudah Malaysia bolos hingga empat gol.

“Penjaga gol New Zealand juga hanya Nampak sekali dua dalam skrin televisyen, selebihnya tiada dalam ‘frame’. Tidak sekali pun penjaga gol lawan rebahkan badan apatah lagi terpaksa terbang selamatkan percubaan pemain Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun katanya, perlawanan persahabatan menentang pasukan besar seperti New Zealand perlu diperbanyakkan supaya Malaysia tidak dibuai dengan keselesaan.

“Perlu akur, setakat ini sahaja kekuatan Harimau Malaya. Namun, perlawanan persahabatan ini sangat baik untuk Harimau Malaya menjelang Piala AFF dan Kelayakan Piala Asia tahun depan. Banyak mereka belajar hari ini betapa kita masih banyak kelemahan. Kelemahan itu perlu dibaiki,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN