KANGAR: Penampilan kali pertama Muhammad Hafizuddin Roslin di pentas antarabangsa mencetuskan sensasi apabila merangkul tiga pingat emas dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) pada Kejohanan Egat King’s Cup (Junior) 2024 di Phayao, Thailand, semalam. Lebih membanggakan, Muhammad Hafizuddin, 20, juga turut memecahkan rekod kebangsaan miliknya dengan angkatan keseluruhan 334kg, tidak sampai tiga bulan selepas melakukannya di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak. Pada Sukma Sarawak baru-baru ini, anak Perlis itu…