BIARPUN angkat berat sukan lasak yang sinonim dengan lelaki, ia bagaimanapun tidak menghalang minat dua sahabat, Nurul Aisyah Athirah Mohd Nadzim,17, dan Dhiya’ Raihan Dzulkarnain, 17, menceburi sukan berkenaan. Lebih membanggakan, dua atlet sukan angkat berat dari Perlis itu turut mencuri tumpuan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak. Ogos lalu apabila mempamerkan kehebatan masing-masing dengan memperolehi pingat emas dan gangsa. Selain menampilkan aksi memberangsangkan, dua remaja itu juga menarik…