KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia bakal kehilangan sekurang-kurangnya 16 pingat pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 berikutan penguguran beberapa sukan yang menjadi ‘lubuk’ seperti badminton, terjun dan skuasy dalam temasya versi kecil berkenaan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata beliau Malaysia menghormati keputusan tuan rumah kerana negara penganjur berhak dan memiliki fleksibiliti untuk menawarkan acara yang hendak dipertandingkan pada temasya tersebut. “MSN (Majlis Sukan Negara) telah melihat pengumuman semalam (kelmarin) dan…