SUBANG JAYA: Atlet remaja boling negara, Wan Zarif Ikram menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia menerusi acara Masters pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia 2024, sebentar tadi. Atlet berusia 17 tahun itu merangkul pingat emas selepas mengumpul keseluruhan 427 jatuhan pin untuk menewaskan pemain Hong Kong, Jovi Ma yang mengutip 385 mata. “Saya tidak menyangkakan dari hari pertama saya bekerja keras untuk acara indvidu tidak menjadi. Saya cuba lawan semula. Alhamdulillah…










