KUALA LUMPUR: Sejarah tercipta sekali lagi bagi sukan bina badan apabila juara dunia enam kali, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah mengukir nama pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 selepas dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan, sebentar tadi. Mohd Syarul yang diberi julukan “Mike” itu layak meraih anugerah terbabit selepas muncul selaku juara pada Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan November lalu. Gelaran tersebut menjadi penutup karier…