Malaysia perlu berani sasar satu emas di Paris 2024

Malaysia perlu berani sasar satu emas di Paris 2024

AZIZULHASNI Awang antara atlet yang berpotensi menyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu berani menetapkan sasaran satu pingat emas di Sukan Olimpik Paris yang dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Penganalisis sukan tempa­tan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, sasaran itu perlu dilakukan tanpa perlu ada rasa takut memandangkan atlet negara mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Kita sudah tiada mekanisme lain untuk dijadikan sasaran lain melainkan mendapatkan satu emas. Kita tidak boleh sasar pi­ngat tanpa mengambil kira warnanya.

“Apa pun kita perlu berbalik semula kepada agenda utama iaitu memburu pingat emas pertama negara. Sama ada capai atau tidak itu kita cerita kemudian.

“Bukan nak bagi tekanan kepada atlet atau pengurusan ter­tinggi sukan negara tetapi pingat lain (perak dan gangsa) kita sudah ada,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Kelmarin, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, sasaran pingat hanya akan dibuat selepas beliau me­ngadakan pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dalam pada itu, Pekan me­nyangkal dakwaan apabila sasaran satu pingat emas diletakkan kepada atlet mereka akan berasa tertekan sekali gus memberi kesan kepada prestasi.

“Sukan Olimpik merupakan temasya tertinggi di dunia jadi tidak ada atlet yang memenangi emas tanpa berdepan sebarang tekanan. Mana boleh seorang atlet dengan mudahnya menang emas di Sukan Olimpik.

“Jika tidak boleh menangani tekanan dengan baik atlet itu sudah memberi mesej yang jelas dia tidak boleh menang emas buat negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×