LONDON: England bakal tampil sebagai skuad termahal dalam kejohanan Euro 2024 yang akan membuka tirai di Jerman minggu ini. Skuad kendalian Gareth Southgate bagaimanapun mengakhiri persiapan menjelang kejohanan itu dengan kekalahan 1-0 kepada Iceland di Wembley, Jumaat lalu. Namun mereka kekal sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara dengan barisan pemain bintang yang berada di dalam skuad. Nama-nama seperti Harry Kane, Jude Bellingham, Phil Foden, Declan Rice, Cole Palmer dan Bukayo…










