United nyala sisa harapan

United nyala sisa harapan

Amad Diallo (kanan) diraikan rakan sepasukan, Bruno Fernandes selepas menjaringkan gol menentang Newcastle United di Old Trafford, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
 LONDON: Manchester United menghidupkan semula sisa harapan untuk memburu tempat dalam kejohanan Eropah selepas jaringan Amad Diallo membantu kemenangan 3-2 ke atas Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.
Pada masa ini anak-anak buah Erik ten Hag bertarung untuk merebut kedudukan ketujuh di penutup musim liga dengan harapan layak ke Liga Konferens UEFA musim depan.
Bagaimanapun, United berpeluang layak ke Liga Europa musim depan sekiranya menjuarai Piala FA pada perlawanan akhir menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Namun, jika berlaku sebaliknya, tempat ketujuh dalam kedudukan liga memadai buat United bersaing dalam Liga Konferens UEFA.
United yang menghuni kedudukan tangga kelapan kini berkongsi mata dengan Magpies yang menduduki tempat ketujuh buah masa ini.
Red Devils akan bertandang ke Brighton, Ahad ini manakala Newcastle ke Brentford.
Sekiranya Newcastle tewas pada perlawanan itu, bermakna Tottenham yang bersaing di tangga kelima mendapat tempat dalam Liga Europa musim depan. – AFP/UTUSAN 
KEPUTUSAN
Brighton      1-2 Chelsea
Man United 3-2 Newcastle
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN