LONDON: Manchester United menghidupkan semula sisa harapan untuk memburu tempat dalam kejohanan Eropah selepas jaringan Amad Diallo membantu kemenangan 3-2 ke atas Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini. Pada masa ini anak-anak buah Erik ten Hag bertarung untuk merebut kedudukan ketujuh di penutup musim liga dengan harapan layak ke Liga Konferens UEFA musim depan. Bagaimanapun, United berpeluang layak ke Liga Europa musim depan sekiranya menjuarai Piala FA…










