Tonggak United beri sokongan kepada Faisal

Tonggak United beri sokongan kepada Faisal

ALEJANDRO GARNACHO antara pemain yang tersisih di kem Manchester United ketika ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insiden yang menimpa tonggak utama Harimau Malaya, Faisal Halim terus mendapat perhatian dunia dan terbaharu pemain tonggak Manchester United turut memberikan sokongan moral kepada pemain berusia 26 tahun itu.

United menerusi dua pemainnya, Andre Onana dan c menyatakan rasa simpati dan mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan pemain itu supaya segera pulih daripada kecederaan disimbah asid tempoh hari.

ANDRE ONANA

Malah Onana yang merupakan penjaga gol skuad kendalian Erik Ten Haq itu mewakili rakan sepasukannya yang lain turut memberikan kata-kata semangat supaya Faisal terus tabah dan cekal dalam menghadapi musibah itu.

“Kepada Faisal, kami mengetahui apa yang berlaku dan merasai (penderitaan) kamu. Kami tahu bahawa sekarang ini adalah situasi cukup sukar untuk kamu dan juga keluarga.

“Kami berharap yang terbaik untuk kamu, sentiasa kuat kerana kami sentiasa bersama kamu,” kata Onana menerusi temubual khas bersama televisyen swasta.

Dalam kejadian Ahad lalu, Faisal disimbah asid sehingga melecur tahap empat oleh individu tidak dikenali ketika berada di pusat beli belah terkemuka bersama isteri dan anaknya.

Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.

Pada masa sama, Faisal yang juga tonggak Selangor FC menerima rawatan standard tertinggi apabila dirawat menggunakan ‘skin allograft’ yang dianggarkan menelan perbelanjaan sekitar RM30,000.

Faisal dijangka berada dalam unit kawalan rapi (ICU) selama seminggu lagi dan beliau kini dalam tempoh kuarantin dengan tidak dibenarkan menerima lawatan luar kerana dibimbangi dijangkiti kuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN