Senyuman, renungan mata Faisal cukup positif - Hannah

Senyuman, renungan mata Faisal cukup positif – Hannah

HANNAH Yeoh bercakap kepada media selepas melawat Faisal Halim di Shah Alam, semalam. Di sebelah beliau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hati Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ‘terusik’ apabila melihat reaksi balas ditunjukkan oleh bintang Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim yang kini terlantar di katil hospital.

Biarpun pergerakan Faisal terbatas, isyarat badan, senyuman dan renungan mata sudah memadai untuk memberi perkhabaran positif bahawa beliau cukup kuat untuk berdepan situasi sukar ketika ini.

“Walaupun sekadar melihatnya dari jauh dan dipisahkan oleh cermin kaca, kami gembira dengan tindak balas Faisal. Saya tunjuk isyarat hati sebagai tanda kami semua sayangkannya dan dia balas dengan senyuman.

“Sudah tentu sedih melihat keadaan beliau tetapi saya juga yakin Tuhan sayangkan Faisal, sebab itu beliau ada peluang untuk pulih sekarang. Walaupun terlantar atas katil, renungan mata dia menunjukkan yang beliau begitu positif.

“Setiap kali kita senyum dan tunjuk (isyarat) tanda hati kepadanya, dia balas dengan penuh positif,” kata Hannah selepas melawat Faisal bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam masa yang sama, Hannah memberi jaminan pihaknya akan terus memberikan sokongan kepada Faisal termasuk memberikan sokongan kauseling kepada isterinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN