Semua pemain bola sepak tempatan dijamin selamat

Semua pemain bola sepak tempatan dijamin selamat

SAIFUDDIN Nasution Ismail bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tiba di hospital dekat Shah Alam untuk melawat Faisal Halim, petang tadi. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Kerajaan memberi jaminan keselamatan terhadap semua pemain bola sepak tempatan di sebalik insiden serangan ke atas tiga pemain sebelum ini termasuk simbahan asid terhadap pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan keselamatan ke atas semua pihak yang berada dalam industri bola sepak.

“Pasukan bola sepak kini berada dalam persiapan untuk menghadapi liga, termasuk pasukan JDT dan Selangor yang akan berentap sesama sendiri dalam perlawanan Sumbangsih hujung minggu ini.

“Walaupun jumlah pemain bola sepak di negara ini ramai, kerajaan memberi jaminan bahawa mereka selamat dengan pemantauan yang dibuat polis selepas ini,” katanya selepas melawat Faisal bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di sebuah hospital di sini, petang tadi.

Ditanya mengenai aspek siasatan kes yang melibatkan Faisal dan dua lagi pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim, ujarnya, polis kini giat melakukan siasatan terhadap tiga kes tersebut.

Kata Saifuddin, polis sedang giat memburu suspek bagi kesemua kes itu agar mereka dibawa ke muka pengadilan.

“Apabila siasatan selesai, kesemua bukti yang dikumpul perlu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN