IPOH: Meskipun melakar kemenangan 3-2 ke atas New Zealand pada aksi persahabatan, pengendali skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutama berkaitan kecergasan permainan. Jelas terlihat perbezaan daripada segi kecergasan anak buahnya dengan pasukan New Zealand tetapi secara keseluruhan Sarjit memuji komitmen ditunjukkan pemain pada perlawanan berkenaan. “Kami perlukan lebih masa terutama mengenai kecergasan, itu yang merisaukan saya kerana kita masih belum ke arah…