Penjara 10 tahun curi jaket hijau Arnold Palmer

Penjara 10 tahun curi jaket hijau Arnold Palmer

GAMBAR bertarikh 1995 menunjukkan Arnold Palmer mengenakan jaket hijau ketika merasmikan majlis memasang plak sempena 40 tahun kejohanan Masters di Kelab Golf Kebangsaan Augusta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
WASHINGTON: Seorang bekas pekerja gudang Kelab Golf Augusta di sini selepas mengaku bersalah mencuri barangan kenangan daripada kejohanan Masters termasuk jaket hijau Arnold Palmer dan menjualnya kepada broker perniagaan dalam talian.https://www.utusan.com.my/?s=golf
Richard Globensky, 39, bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan mencuri barangan, kata Pejabat Pendakwaraya Amerika Syarikat (AS), Wilayah Utara Illinois.
Hakim wilayah berkenaan, Sharon Johnsin Coleman dijadual membuat keputusannya pada 29 Oktober ini
Menurut pejabat pendakwaraya, sepanjang bekerja di gudang itu antara 2009 dan 2022, tertuduh didapati mencuri beberapa barangan dagangan dan kenangan daripada kejohanan Masters.
Antaranya, jaket yang dihadiahkan kepada Arnold Palmer, Gene Sarazen dan Ben Hogan yang pernah menjuarai kejohanan Masters serta dokumen dan surat yang mengandungi tanda tangan pengasas kejohanan itu sendiri, Bobby Jones. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN