MUKADIMAH
JAGUH boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah mengejutkan dunia sukan terbabit selepas merangkul pingat emas menerusi acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey minggu lalu.
Baru berusia 23 tahun, Nor Farah kini meneruskan misi beliau untuk melayakkan diri ke Sukan Komanwel 2026 yang menjadi impiannya sejak menjadi juara dunia baru-baru ini.
Pemain kelahiran Kuala Selangor itu hanya bermain sukan berkenaan sebagai hobinya ketika di bangku persekolahan.
Minatnya dalam menceburi bidang sukan lasak seperti kayak, silat dan juga taekwondo menjadi satu faktor beliau menceburi sukan boling padang dalam kariernya.
Bersama wartawan Mingguan Malaysia, KHAIRUL IDHAM MOHAMED ZARAAI, Nor Farah yang minat bermain pelbagai bidang sukan yang memberinya kemanisan kejayaan sebagai juara dunia boling padang.
- Destinasi menjadi idaman anda?
Nak explore lagi banyak Padang Lawn Bowl dari semua negara
- Hobi masa lapang?
bersukan membuat aktiviti lasak
- Pemain boling padang kegemaran anda?
– Syafiqah Haidar Afif Abdul Rahman
- Sukan yang diceburi jika bukan atlet boling padang?
– Kayak
- Pekerjaan jika tidak bergelar atlet?
– Polis
- Makanan kegemaran?
– Nasi putih (di mana ade nasi disitu ada farah)
- Kereta kegemaran?
– Mini Cooper
- Selebriti kegemaran anda?
– Datuk Siti Nurhaliza
- Lagu kegemaran anda?
-Sekecewa itu – Angra candra
- Moto hidup sebagai juara dunia boling padang?
Berusaha keras meskipun jalannya agak mencabar. Sabar dan hadapinya dengan tenang.
- Impian yang belum anda kecapi?
Bermain boling padang dalam Sukan Komanwel
- Kenangan pahit sebagai atlet?
Tidak pernah menang SUKMA 2018 dan 2022. Sakitya kekalahan itu tidak dapat dibayangkan. Acap kali main SUKMA tidak pernah menjadi juara.
- Insan yang sokong anda selama menjadi juara dunia ini?
– Jurulatih saya, Ariffin Ghani, Zuraidi Puteh, kawan rapat, senior pemain boling padang and dan keluarga. – UTUSAN










