Manchester City juara EPL

Manchester City juara EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MANCHESTER: Manchester City mencatat sejarah bola sepak Inggeris dengan menjulang kejuaraan Liga Perdana buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan West Ham 3-1 sekali gus menamatkan impian Arsenal dalam aksi hari ini.
Phil Fiden menjaringkan dua gol, namun West Ham bangkit mengejar menerusi jaringan Mohammed Kudus yang tampak membuka harapan kepada Arsenal sebelum Rodri mengukuhkan kedudukan sehingga tamat perlawanan.
Dalam satu lagi aksi akhir musim, Gunners yang kemarau trofi Liga Perdana sejak 2004 bangkit dari ketinggalan untuk mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Everton untuk berada di tangga kedua di belakang City yang mengumpul 91 mata.
City yang mengumpul enam kejuaraan dalam tujuh musim menjadi satu-satunya pasukan Inggeris yang menang empat gelaran juara liga berturut-turut sekali gus menafikan rekod pencapaian lampau Liverpool dan Manchester United.
“Semasa saya tiba di sini, jika ada orang yang mengatakan saya mampu membawa kejayaan enam liga dalam tujuh musim, saya akan katakan tidak masuk akal dan tidak akan berlaku. Sebelum ini Manchester United, Liverpool dan Chelsea tetapi kali ini giliran kami dan kami dalam kelompok mereka,” kata pengendali City, Pep Guardiola.
Dalam pada itu, Luton terkeluar daripada kancah EPL selepas tewas 2-4 kepada Fulham dan akan menyertai Burnley dan Sheffield United ke kancah divisyen dua musim depan.
Tottenham menewaskan Sheffield 3-0 untuk mengesahkan tempat kelima dan Liga Europa manakala Chelsea tempat keenam serta layak ke bola sepak Eropah selepas menang 2-1 ke atas Bournemouth.
Newcastle pula menewaskan Brentford 4-2 sekali gus meletakkan kedudukan Manchester United di tempat kelapan, pencapaian paling buruk pasukan sejak 1990.
Pun begitu, anak-anak buah Manchester United yang menewaskan Brighton 2-0 berpeluang untuk membersihkan rekod buruk pasukan itu sepanjang musim ini apabila menentang Manchester City pada perlawanan akhir Piala FA minggu ini.
Erik ten Hag’s men, who beat Brighton 2-0 in Roberto De Zerbi’s last game in charge of the south coast club, have a chance to salvage something from a disastrous season in next week’s FA Cup final against City.
Jika tewas peluang United untuk layak ke bola sepak Eropah akan tertutup. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×