Liga Europa: Leverkusen jumpa Atalanta di final     

Liga Europa: Leverkusen jumpa Atalanta di final     

PEMAIN-pemain Bayer Leverkusen meraikan kejayaan mara ke final Liga Europa selepas menewaskan Roma dengan agregat 4-2 dalam aksi separuh akhir, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIGA EUROPA

Keputusan

Bayer Leverkusen (GER) 2-2 AS Roma (ITA)

(Leverkusen menang agregat 4-2)

Atalanta (ITA) 3-1 Marseille (FRA)

(Atalanta menang agregat 4-1)

(Perlawanan akhir 22 Mei, Dublin) 

 

LEVERKUSEN: Bayer Leverkusen mara ke perlawanan akhir Liga Europa selepas menang dengan kiraan agregat 4-2 ke atas Roma walaupun keputusan separuh akhir kedua terikat 2-2, pagi ini.

Leverkusen berjaya menyelamatkan rekod bersih kemenangan kepada 49 perlawanan selepas jaringan Josip Stanisic pada saat akhir membolehkan tuan rumah seri dengan Roma.

Keputusan itu turut membolehkan Leverkusen melebur rekod Benfica dalam kejohanan Eropah pada 1965.

“Kami memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol dari awal tapi tidak berlaku, namun sudah pasti berada di Dublin. Perlawanan ini sangat istimewa kerana ia membuktikan kekuatan mental pemain walaupun satu ketika ketinggalan 2-0,” kata pengendali Leverkusen, Xabi Alonso. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN