NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah apabila menjuarai acara keirin elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini. Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik itu mewakili Terengganu menerima tentangan sengit daripada pasangan adik-beradik dari Johor, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Ridwan sebelum memastikan pingat emas menjadi miliknya. Azizulhasni yang membuat penampilan terakhirnya di kejohanan tersebut berkata, beliau gembira…