Insiden gol sendiri, kad merah punca Perak kalah  

Insiden gol sendiri, kad merah punca Perak kalah  

PERAK FC tumpas dalam aksi sulung Liga Super 2024/2025 kepada Terengganu FC, minggu lalu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Insiden gol sendiri dan layangan kad merah menjadi punca Perak terpaksa akur tumpas 1-3 kepada Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super, kelmarin.

Ketua jurulatihnya, Yusri Che Lah berkata, Perak berjaya mengimbangi permainan dan menunjukkan kemampuan untuk bersaing dengan TFC apabila mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-61.

Namun, bekas jeneral tengah Malaysia itu terpaksa berputih mata gara-gara jaringan sendiri Shivan Pillay yang tertolak masuk bola muntah daripada penjaga golnya, Haziq Nadzli untuk TFC kembali mendahului.

Lebih perit lagi buat Perak selepas tonggak pertahanan, Luiz Henrique diarah keluar padang oleh pengadil, Suhaizi Shukri gara-gara layangan kad kuning kedua minit ke-76.

“Perak bermain baik untuk berada dalam permainan ketika masih 1-1 namun kami bolos gol kedua terlalu cepat hanya enam minit selepas mengikat kedudukan berpunca jaringan sendiri.

“Layangan kad merah kepada Henrique selepas itu telah membunuh saki-baki perjuangan pemain Perak malam ini (semalam) dan TFC kemudian menjaringkan gol ketiga mereka.

“Sepatutnya ketika terikat 1-1, kami mampu menguasai perlawanan dan tidak membuat kesilapan tetapi sebaliknya berlaku apabila bolos gol sendiri dan hilang seorang pemain tidak lama kemudian,” katanya.

Yusri bagaimanapun tetap memberi kredit kepada barisan pemain skuad The Bos Gaurus yang berjaya menyaingi kekuatan TFC dan tidak memberi laluan mudah kepada tuan rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN