JIKA kita berbual mengenai basikal trek, pastinya terimbau Datuk Azizulhasni Awang dalam minda kita. Azizulhasni atau nama penuhnya Muhammad Azizulhasni Awang hanya anak kampung di Dungun, Terengganu yang meminati sukan berbasikal selepas dihadiahkan oleh bapanya sebagai ganjarannya cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) Walaupun semakin berusia, Azizulhasni tidak pernah berputus asa untuk mengejar impiannya yang belum diperoleh iaitu pingat emas Sukan Olimpik. Beliau yang terpalit dengan isu kesihatan jantung tidak…










