LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola akan menghabiskan semusim lagi bersama The Citizens sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut. Pengendali dari Sepanyol yang menyertai City lapan tahun lalu mempunyai baki kontrak selama 12 bulan lagi dan sumber memberitahu ia adalah musim terakhirnya berada di Etihad. City bagaimanapun difahamkan akan memberi ruang kepada Guardiola untuk membuat keputusan akhir mengenai masa depannya di kelab tersebut walaupun pihak pengurusan mahu beliau terus…










