Empat senior hoki kena tunggu

Empat senior hoki kena tunggu

SKUAD kendalian Sarjit Singh akan berdepan pakistan dalam perlawanan pertama di kejohanan Piala Negara-Negara di Poland, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada jaminan empat pemain senior mudah tersenarai dalam skuad Speedy Tigers bagi menghadapi kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah yang bermula Sabtu ini hingga 11 Mei.

Pemain tersebut ialah penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman, 32, pemain pertahanan Muhammad Marhan Jalil, 34, pemain tengah Mohd Fitri Saari, 31, dan Faizal Saari, 33, yang kesemuanya merupakan pemain berpengalaman skuad hoki negara.

Ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan Sarjit Singh berkata, walaupun berstatus senior, empat pemain itu perlu bersaing dengan pemain muda bagi merebut tempat dalam pasukan yang akan diumumkan selepas aksi persahabatan menentang New Zealand di sini pada Rabu.

Menurutnya, ini kerana beliau mahu memberi peluang sama rata kepada semua pemain tanpa mengira status mereka.

“Kita cuba dapatkan team yang terdiri daripada 18 hingga 20 pemain, dua pemain akan standb, saya berusaha ke arah itu. Ketika ini kita sudah ada 14 hingga 15 pemain, apa yang kita usahakan ialah untuk membentuk kombinasi sesama mereka.

“Skuad penuh akan diumumkan selepas perlawanan persahabatan dengan New Zealand (Rabu), atau pagi esoknya, bergantung pada pengurus pasukan.

“Empat pemain senior juga kena tunggu selepas perlawanan dengan New Zealand. Semua orang kena bersaing untuk merebut tempat. Kita akan membina pasukan berdasarkan pemain yang tersenarai kelak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sarjit yang menggantikan tempat Arul Selvaraj berkata, tiada sasaran ditetapkan pada saingan kali ini walaupun Speedy Tigers turun beraksi dengan status juara bertahan yang dimenangi buat pertama kali sepanjang 39 tahun kejohanan pada tahun 2022.

Menurutnya, kejohanan kali ini juga merupakan medan untuk memberikan pendedahan aksi antarabangsa kepada pemain muda khususnya untuk membentuk semula pasukan sebagai persediaan untuk layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028,

Jelasnya, diharapkan dalam jangka masa dua tahun, negara akan mempunyai sebuah pasukan yang bagus.

“Pada kejohanan kali ini saya tidak letakkan sasaran, saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain.

“Saya hanya mahu pemain aksi dan pamerkan aksi terbaik mereka, jika berjaya mencatat keputusan yang baik, ia sesuatu yang bagus.

“Matlamatnya ialah untuk membina satu skuad pemain muda yang dibimbing oleh pemain senior, saya percaya ini kombinasi yang sesuai untuk kita membina semula pasukan” katanya.

Malaysia yang kini menduduki tangga ke-13, dunia akan memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan berdepan juara tiga kali Pakistan pada 4 Mei, diikuti perlawanan menentang Kanada (5 Mei) dan juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN