Bukan tugas mudah benam JDT dalam aksi Sumbangsih

Bukan tugas mudah benam JDT dalam aksi Sumbangsih

Faisal Halim menunjukkan pakaian berjenama FH7 pada majlis pelancaran Jenama Faisal Halim di AEON Big Subang Jaya, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Abdul Halim mengakui bukan tugas mudah untuk mengalahkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Sumbangsih pada 10 Mei ini.

Bagaimanapun, tonggak Harimau Malaya itu percaya, segala kemungkinan boleh berlaku dalam dunia bola sepak dan dia berharap skuad Gergasi Merah dapat membuktikan sesuatu dalam perlawanan itu.

“Alhamdulillah persediaan kami berjalan lancar dan baik, kami pergi (Stadium Sultan Ibrahim) untuk berjuang. Jadi, 10 Mei nanti saya rasa semua pemain sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

“Semua tahu sukar atau se­nang nak lawan JDT, rakyat dan peminat juga tahu bukan mudah untuk kalahkan mereka. Tetapi, ini bola sepak dan kita ada peluang untuk menang atau boleh juga kalah.

“Jadi, dalam perlawanan tersebut kita perlu beri yang terbaik kerana pasukan Selangor sedang berada dalam perjalanan dan perubahan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Terdahulu, Faisal menghadiri Majlis Pelancaran Jenama dan Produk Faisal Halim (FH7 Official Merchandise) di Aeon BiG, Subang Jaya.

Dalam pada itu, Faisal me­minta semua peminat memberikan masa kepada pengendali baharu Selangor FC, Nidzam Jamil untuk membentuk pasukan terbaik bagi mendepani cabaran musim 2024/2025.

“Saya rasa kita perlu beri masa untuk Nidzam sekarang yang bawa pasukan Selangor bagi dapatkan satu pasukan yang mantap mana tahu rezeki Allah nak bagi kita. Jadi, kita jalankan tugas dulu Insya-Allah rezeki itu pasti ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN