Buat apa sahaja untuk menang Piala FA - Ten Hag 

Buat apa sahaja untuk menang Piala FA – Ten Hag 

PEMAIN tengah Brighton, Jakub Moder (kanan) mengasak pemain Manchester United, Alejandro Garnacho dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti American Express, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag berkata, pemainnya perlu melakukan apa sahaja untuk menghargai kesetiaan penyokong mereka dengan menjuarai Piala FA.

Menjulang Piala FA juga merupakan satu-satunya jalan yang tinggal untuk The Red Devils sekiranya mereka memasang hajat untuk kekal beraksi di pentas Eropah pada musim hadapan.

Biarpun menang 2-0 di Brighton pada hari terakhir kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam, ia hanya cukup meletakkan United di tangga kelapan.

Pencapaian itu merupakan kedudukan terburuk sejak menduduki tangga ke-13 ketika dikendalikan Alex Ferguson pada 1990.

Harapan layak ke Eropah kini bergantung kepada United yang perlu menewaskan Manchester City pada final Piala FA pada 25 Mei ini.

Namun, jika Piala FA menjadi milik United, mereka tetap dibayangi rekod buruk saingan liga apabila juara 20 kali itu tewas 14 kali dan berakhir dengan perbezaan gol negatif.

Ten Hag berterima kasih kepada sokongan padu penyokong selepas jaringan lewat Diogo Dalot dan pemain gantian Rasmus Hojlund memastikan aksi terakhir Roberto De Zerbi sebagai pengurus Brighton berakhir dengan kekalahan.

“Kami mempunyai penyokong terbaik di dunia dan mengagumi mereka. Saya tak pernah mengalami pengalaman ini apabila anda mempunyai musim seperti kami yang tidak cukup bagus tetapi penyokong tetap bersama kami.”

“Mereka bersama kami pada musim yang teruk dan saya dapat rasakan mereka tahu mengapa situasi itu berlaku.

“Tetapi kami perlu membayar kembali kesetiaan mereka dengan melakukan apa sahaja untuk merampas trofi minggu depan. Malah untuk musim, kami perlu beraksi sebaik mungkin,” kata Ten Hag yang skuadnya berdepan krisis kecederaan musim ini. 

Dalam pada itu, aksi final Piala FA juga bakal menjadi penentu kepada nasib Ten Hag di Old Trafford. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN