Sheringham, Yorke sepakat Ten Hag wajar berundur

Sheringham, Yorke sepakat Ten Hag wajar berundur

Teddy Sheringham dan Dwight Yorke pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan Battle Of The Reds legenda Manchester United dan Liverpool di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas legenda Manchester United, Teddy She­ringham menyifatkan sudah tiba masanya pengendali kelab berkenaan, Erik Ten Hag berundur selepas aksi tidak konsisten The Red Devils pada musim ini khususnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sheringham berkata, prestasi Ten Hag pada ketika ini amat mengecewakan dan perlu diambil perhatiaan oleh pihak pengurusan.

“Apa yang boleh dikatakan lagi, mereka perlu memecat Ten Hag dengan segera kerana dia mencalarkan nama baik pasukan.

“Prestasi itu mencerminkan pengurus. Dia perlu pergi. Memang bagus pasukan mempunyai perlawanan akhir piala (Piala FA) untuk dilihat ke hadapan tetapi ia tidak akan mudah kerana Manchester City adalah pasukan yang kuat,” katanya dalam sidang media Battle of the Reds semalam.

Dalam pada itu, rakan sepa­sukan Sheringham, Dwight Yorke turut mengakui kelemahan yang ditunjukkan oleh Ten Hag dan anak-anak buahnya pada musim ini.

“Saya boleh katakan, sekiranya kami mengadakan perlawanan persahabatan bersama dengan pemain United pada ketika ini, Sudah pasti kami akan mengalahkan mereka dengan pengalaman bermain kami.

“Mungkin daripada kecergasan mereka menang, tapi kami yakin bahawa kami adalah yang terbaik.

“Bukan mahu mengutuk, tapi inilah realiti yang perlu mereka terima sekiranya mereka masih menampilkan gaya permainan yang sebegitu,” jelasnya.

Sheringham dan Yorke me­rupakan pemain yang pernah beraksi dengan skuad The Red Devils pada tahun 90-an dan pernah membawa kegemila­ngan ketika bersama United.

Sebelum ini, Erik Ten Hag yang pernah membawa Manchester United menjuarai Piala Carabao Cup 2022-2023 tetapi prestasi kelab itu terus merudum menghuni kedudukan keenam EPL, malah terlepas untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Kedudukan Ten Hag pada ketika ini ibarat atas pagar apabila pengurusan tertinggi Uni­ted masih dalam perbincangan sama ada mahu mengekalkan atau memecatnya.

Perlawanan akhir FA Cup menentang Manchester City bakal menjadi penentu kedudukan Ten Hag di United. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN