Real hampiri gelaran selepas benam Barcelona

Real hampiri gelaran selepas benam Barcelona

JUDE Bellingham meraikan jaringan gol menentang Barcelona bersama rakan sepasukan, Joselu dalam aksi La Liga di Santiago Bernabeu, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BARCELONA: Jaringan penyerang England, Jude Bellingham membantu Real Madrid menewaskan musuh ketat, Barcelona 3-2 dalam pertemuan Clasico hari ini sekali gus meletakkan Los Blancos selesa dengan kelebihan 11 mata menerajui La Liga.
Jaringan itu turut mendapat pujian menggunung jurulatih Real, Carlo Ancelotti yang menyifatkan ia amat bermakna dan langkah kanan buat pasukan dalam memburu gelaran juara musim ini.
Real bangkit daripada dua ketinggalan gol menerusi Vinicius Junior dan Lucas Vazquez untuk menyamakan kedudukan selepas Barca mendahului perlawanan hasil penyudah Andreas Christensen dan Fermin Lopez, sebelum Bellingham merobek gawang lawan ketika perlawanan hampir tamat.
“Kami tiba tepat pada masanya. Kami bekerja keras untuk menang perlawanan ini. Agak lama dia (Bellingham) tidak menjaringkan gol dan hari ini dia melakukannya dan ia menjadi asas penting untuk kami memenangi liga musim ini,” kata Ancelotti.
Barcelona seakan kembali bangkit selepas peristiwa malang dalam kancah Liga Juara-Juara apabila mereka ditunjukkan jalan keluar oleh Paris Saint-German, namun tidak berlaku gara-gara jaringan Bellingham. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN