Pemain muda keutamaan Speedy Tigers

Pemain muda keutamaan Speedy Tigers

SARJIT SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali skuad hoki kebangsaan, Sarjit Singh menekankan keutamaannya pada masa kini dalam membentuk wajah baharu yang dibarisi pemain muda secara purata.

Beliau sedang berusaha mahu membawa Speedy Tigers yang kini berada di ranking ke-13 dunia meningkatkan kedudukan tersebut kepada kesembilan dunia se­perti tahun lalu.

“Keutamaan saya sekarang untuk membentuk pasukan dahulu. Jika ia memberi keputusan yang baik, pastinya ia bagus untuk pa­sukan. Kami juga turut membuat penilaian terhadap pemain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun jika ia beri keputusan sebaliknya, kami perlu usaha membentuk pasukan sehinggalah Sukan Asia 2026,” katanya dalam sidang akhbar.

Sarjit sebelum ini mengumumkan 30 pemain yang terpilih menjalani latihan fasa kedua.

Dalam pada itu, Sarjit menjelaskan, beliau tidak dapat memberikan sasaran pada kejohanan yang bakal dihadapi susulan anak-anak buahnya merupakan muka baharu Speedy Tigers.

“Sejujurnya saya tidak menyasarkan pada kejohanan kita terlibat kerana anda perlu melihat pemain yang terpilih. Seperti yang saya kata tadi kami perlu bentuk pasukan terlebih dahulu.

“Sasaran utama kami adalah Sukan Asia 2026 nanti. Tujuh bulan baki masa yang kami ada untuk melakukan persediaan temasya sukan itu,” katanya.

Malaysia selaku juara bertahan Piala Sultan Azlan Shah akan menentang Kanada, Jepun, New Zealand, Pakistan dan Korea Selatan di Ipoh pada 4 hingga 11 Mei ini.
Speedy Tigers kemudian mempunyai masa yang singkat sebelum Piala Negara-Negara di Poland pada 31 Mei-9 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini