Momota bersara badminton pada usia 29 tahun

Momota bersara badminton pada usia 29 tahun

KENTO MOMOTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota mengumumkan persaraannya hari ini daripada sukan badminton berikutan terbabit dalam kemalangan kereta di Kuala Lumpur empat tahun lalu yang mengubah kariernya.

Juara dunia dua kali itu berkata, beliau akan melaksanakan tugasnya buat kali terakhir untuk pasukan kebangsaan Jepun pada Piala Thomas 2024, hujung bulan ini.

“Saya tidak akan berbohong, selepas kemalangan itu saya bertanya kepada diri sendiri, mengapa saya? Sejujurnya, ia adalah satu masa yang sukar tetapi saya tidak mahu menyalahkannya atas kemalangan itu.

“Saya mendapat begitu banyak sokongan. Begitulah cara saya berjaya sampai sejauh ini,” katanya ketika sidang akhbar di Tokyo hari ini.

Pada Januari 2020, Momota mengegarkan dunia badminton selepas kenderaan yang membawanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kemalangan beberapa jam selepas meraih kemenangan Malaysia Masters.

Pemandunya terbunuh manakala Momota memerlukan pembedahan untuk membaiki soket matanya yang retak.

Setahun selepas kemalangan beliau kembali semula bermain namun mengalami masalah penglihatan berganda dan gagal mendapat rentaknya menjadi nombor satu dunia walaupun meraih dua gelaran.

“Banyak masa sukar selepas kemalangan jalan raya itu. Saya cuba kembali kepada cara saya bermain melalui percubaan dan kesilapan, tetapi terdapat jurang antara perasaan dan badan saya.

“Masalah itu berterusan dan saya tahu saya tidak akan dapat kembali ke tahap di mana saya bersaing dengan yang terbaik di dunia,” tambah Momota.

Momota menyasarkan untuk bermain di Sukan Olimpik Paris 2024, namun ranking beliau yang kini menduduki tempat ke-52 sekali gus gagal menempatkan dirinya dalam kontinjen Jepun.

Untuk rekod, Momota berjaya memenangi 11 kejuaraan pada 2019 dan hanya tewas enam daripada 73 perlawanan pada tahun berkenaan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN