MOM rayu anjur Sukan SEA 2027

MOM rayu anjur Sukan SEA 2027

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengusul satu resolusi kepada kerajaan untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, semua persatuan sukan Malaysia sebulat suara menyokong berkenaan ketetapan itu dan akan menghantar satu surat kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk diper­kenankan.

“Perkara yang kami bincang hari ini berkenaan satu resolusi yang disokong oleh semua persatuan sukan negara untuk me­rayu kepada kerajaan agar meneruskan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

“Resolusi ini bertujuan untuk memastikan Sukan SEA berjalan lancar tanpa gangguan. Adalah penting untuk berkomunikasi dengan kerajaan untuk memastikan kejadian seperti Sukan Komanwel tidak berulang.

“Mesyuarat hari ini berjalan lancar dengan semua persatuan terbabit bersetuju untuk menganjurkan temasya sukan berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif MOM kali ke 209, di sini, semalam.

Tahun lalu, Persekutuan Sukan SA (SEAGF) memilih Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwi tahunan itu untuk edisi ke-34 pada 2027.

Dalam pada itu, Norza berkata, MOM akan menjangkakan sekurang-kurangnya 28 atlet bakal menempah nama ke Sukan Olimpik Paris 2024 menje­lang tarikh tutup kelayakan hujung Jun ini.

Menurutnya, setakat ini 18 atlet daripada tujuh sukan berjaya menempah nama ke acara sukan empat tahun sekali itu.

“Secara rasmi 10 atlet telah melayakkan diri. Bagaimanapun baki lapan atlet daripada sukan badminton berada pada kedudukan meraih tiket ke Olimpik. Bagaimanapun, keputusan itu perlu menunggu pengesahan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 30 April ini.

“Atlet terbabit ialah pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita), Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) dan Goh Jin Wei (perseorangan wanita),” ujar Norza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×